Wednesday, September 28, 2016

Assalamualaikum

Alamat yang sama, isi yang baru. Sudah lama aku tinggalkan dunia blogging yang sebelum ini tidak seberapa.
Sekarang timbul semula rasa hati ingin menaip pelbagai bicara.

Aku suka menulis cerita sejak dari bangku sekolah lagi. Menulis apa sahaja yang aku suka. Tambahan aku suka membaca novel-novel dan buku cerita. Semasa tingkatan 4 dahulu, guru Bahasa Melayu pernah memuji karangan aku yang berbentuk cerita. Dia mengatakan yang imaginasi aku didalam cerita itu bagus. Cikgu Sabariah namanya. Hehehe

Tapi apakan daya, semakin meningkat usia seiring dengan pelbagai cerita, hasrat menulis ini terbuku begitu sahaja. Lalu mengapa sekarang timbul semula hasrat menulis ini? Jawapanku entahlah.. Tiada sebab yang konkrit. Rindu barangkali atau dengan menulis hati dan fikiran menjadi lebih lapang.

Jumpa di lain masa

Ikhlas

Perindu yang setia